h.i.r.u.m.i_k.u.nwake me up when i'm far away from the true path
hirumi_kun
read my profile
sign my guestbook

Visit hirumi_kun's Xanga Site!

Name: Muhammad Hilmi
Birthday: 3/10/1986
Gender: Male


Message: message me
Yahoo: dr_aemie


Member Since: 2/18/2006

SubscriptionsSites I Read

Posting Calendar

|<< oldest | newest >>|
view all weblog archives

Get Involved!

Suggest a link

Recommend to friend

Create a site


Wednesday, November 29, 2006

now i know the satisfaction of studying medicine..


Friday, November 10, 2006

tanggal 10 november di bumi bersejarah czech ini.sudah lebih daripada sebulan aku berpisah dengan ibu bapaku tatkala bersama2 rakan utk meneruskan perjuangan suci ini.

honestly, i admit that my lifestyle here is very hectic.just nak menceritakan bagaimana kehidupan sebagai medical student di czech ni.mungkin anda semua dapat bayangkan bagaimana kehidupan sebagai seorang medical student di mana2 universiti di negara lain termasuk negara kita sendiri.tapi honestly,aku nak bgtau yang lifestyle dekat sini amatlah hectic.try to imagine.sudah sebulan aku belajar,lecturer tu telah menghabiskan bab2 dalam upper dan lower limb.include the muscle and innervation.at the beginning,it's quite difficult for me to adapt well with this situation tapi lama kelamaan,berjaya juga utk menadaptkan diri.dan mungkin ada antara kamu yang tidak mempercayai yang kitorang ada 5 test every week dan kadang2 6 test every week.test yang diberikan ini mungkin sedikit je soalan nya tapi kitorang still kena baca full of the syllabus since kitorang taktau soalan apa yang akan keluar atau dengan kata lain,kitorang kena sentiasa uptodate dengan syllabus2 anatomi.

sedih jugak sebab kadang2,aku tak dapat cope dengan apa yang lecturer ajar.tapi berbekalkan semangat dan doa dari rakan2 seperjuangan,aku kuatkan langkah menuju ke hadapan sebab tiada istilah patah balik dalam kamus hidupku.once dah jalan,tiada patah balik..

maybe ni je utk kali ini sebab need to study for tomorrow's test (anatomie)..head and neck for sure.

btw,pray for my success here


Sunday, October 15, 2006

i have just created my own fotopages

http://hirumi.fotopages.com


Sunday, October 01, 2006

Salaam..

 

Yeah.i’m coming back again after about a month I’m far away from the cyber world.memang hidupku penuh dengan reality bukan fantasi.sememangnya aku tidak menyangka bahawa aku kini berada di sebuah Negara yang aku sendiri tidak menyangka aku akan berada di sana.sebuah Negara yang terletak di antara german dan Poland.sebuah Negara kerdil yang terletak di benua eropah.

Detik 24/9 adalah detik bersejarah bagiku kerana pada saat itulah,aku telah dipisahkan buat sementara waktu daripada  keluarga yang tersayang.pemergianku itu bukanlah sekadar hanya untuk melancong bersahaja,tetapi tujuan ku ke Negara republic itu adalah untuk menuntut ilmu perubatan sebanyak mungkin setelah di beri amanah oleh kerajaan Malaysia untuk berbuat demikian.

 

Pada pukul 11.55 malam,aku sudah berada di cabin kapal terbang untuk berlepas.macam2 perasaan di hatiku pada ketika itu.yang pastinya,kesedihan itu tidak dapat disembunyikan lagi kerana terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta.11 jam 55 minit aku berada dalam flight menuju ke transit Amsterdam (lapangan terbang schiphold).di situ,aku hanya berada selama 3 jam sahaja.so,takde masa sangat nak jalan2 ke Bandar Amsterdam.

Kemudian aku terus menuju ke kaunter check in untuk meneruskan flight ke prague menaiki Czech airlines.penerbangan ini pula mengambil masa selama 1jam setengah je.setibanya di prague,aku terus mengambil beg pakaian di tempat yang sepatutnya.alangkah terkejutnya aku kerana beg pakaian aku koyak teruk dan rodanya patah.aku pun taktau di mana salah silapnya.maybe ada hikmah di sebaliknya.aku pasrah.aku terpaksa mengangkat sepanjang masa beg yang beratnya 26kg tu ke mana2 sahaja aku pergi.nasib baiklah ada kawan2 yang memahami di sekelilingku.mereka turut sama menolongku mengangkat beg pakaianku.

Di prague (ruzyne airport),kami telah disambut oleh wakil embassy Malaysia (en azrim) dan juga wakil bested di Czech (lady Carmen).

Kemudian kami menaiki bas menuju ke hotel maria prag yang terletak berdekatan dengan Malaysian embassy.di prague,aku telah berjumpa dengan segala-galanya yang baru.

Pertama sekali,aku berasa agak tidak biasa untuk melihat stereng kereta berada di sebelah kiri.dan semestinya,laluan kereta adalah di sebelah kiri instead of kat Malaysia yang laluannya di sebelah kanan.

Dan kemudian aku pertama kali mengenali sebuah public transport di panggil tram.

Di prague,aku mengenali duta Malaysia di Czech republic (datok salman).dan pada malam itu,kami telah di bawa untuk meronda2 bandar prague.di temani miss caterina dan mr Jacob,kami telah dibawa mengenali satu Bandar prague.bess sangat dan lawa.dan pada waktu kehadiranku,suhu mencatatkan almost 15 celcius.suatu keadaan di mana aku sendiri tidak menyangka akan sejuk sebegitu.kami juga di ajar bagaimana hendak menaiki keretapi laju.di Malaysia kita memanggil sebagai komuter atau star lrt.di prague,diorang memanggil sebagai metro.dan yang  pastinya,lajunya keretapi ini adalah macam tahap laju gila.bagi sesiapa yang belajar fizik form 5,inersia nya adalah tinggi.

 

Pada keesokan harinya,kami telah di bawa oleh seorang pelajar universiti hradec kralove (brother mahadi) untuk menuju ke tempat penginapan kami di hradec kralove.brother mahadi telah memperkenalkan kami dengan saudara2 semuslim kami di hradec kralove itu.sungguh mesra sekali ukhuwah antara mereka.kebanyakan daripada mereka adalah berasal dari middle east seperti yemen dan Palestine.ukhuwah yang rapat antara mereka telah membuatkan kami ingin mengenali mereka dengan lebih rapat.

Ada pada satu ketika kami pergi ke sebuah supermarket yang terletak berhampiran dengan hostel kami.nama pasaraya itu ialah pasaray albert.sebuah pasaraya yang pertama kali aku jumpa di mana sebuah plastic beg di jual dengan harga 6 czech crown bersamaan dengan rm1.haaha.rasa nak gelak jer.dahla orang cashier tu tak paham bahasa English.guna sign language jer.huhu..

 

Dalam 2 hari jer,kami telah hampir expert dengan jalan2 kat hradec kralove tu.kami telah mengetahui laluan2 public transport yang di panggil trolley dan bus.untuk pengetahuan semua,kenderaan trolley ini adalah sejenis kenderaan seperti bas tapi menggunakan sumber elektrik untuk bergerak.dan yang paling cutenya,bas kat sana adalah sangat panjang macam gerabak keretapi tapi takde la panjang sangat.kelakar sangat sebab macam ulat jer bila tgk dari jauh huhu.itu adalah kenderaan2 yang bakal dinaiki oleh kami untuk pergi ke universiti setiap hari.

 

Hurm,maybe tu je cerita2 untuk kali ini.maybe lain hari,aku akan cerita lagi.cerita2 yang bakal menggiurkan kamu untuk dating ke Czech republic ini.huhuhu…

 

peace


Tuesday, September 05, 2006

Seharian..

ku gagahkan kakiku,ku leraikan simpulan mati di mataku dan ku hembuskan nafas segar tatkala bangun di pagi hari khamis yang lepas lepas lepas.mungkin tercatat dalam guiness book of records nama MUHAMMAD HILMI BIN KAMARUDDIN bangun seawal pukul 6 pagi.mungkin tergerak hati nurani ini untuk bangun seawal itu setelah mendengar secubit tazkirah daripada al-akh (lupa nama).huhu.mungkin ada beberapa perkataan yang menyentakkan hati kecilku yang menyeruku agar menunaikan solat subuh di awal pagi.pernah juga aku terbaca satu buku agama tentang solat.berikut adalah sedikit kata2 daripada buku tersebut

"barangsiapa yang tahu ganjaran Allah S.W.T terhadap muslim yang menunaikan solat subuh di masjid/surau secara berjemaah,nescaya mereka akan sanggup turun ke masjid/surau walaupun dalam keadaan merangkak sekalipun"

mungkin ini serba sedikit menghantui pemikiranku pada malam itu.tetapi ku lakukan semua itu atas niat kerana ALLAH S.W.T.sebab pensyarahku ketika di UITM pernah memberitahu "sesuatu perbuatan itu adalah bergantung pada niat.jika niat adalah bukan kerana ALLAH,maka sia-sialah segala-galanya dan juga sebaliknya"

so,aku ikhlaskan hati menuju ke masjid/surau yang berdekatan.

pada hari khamis itu,aku telah bercadang untuk meng'spend'kan sehari suntuk untuk berada di Midvalley.Tujuan ku hanyalah untuk memerhatikan gelagat-gelagat anak muda masa kini yang kadang-kadang jelik mata memandang perbuatan2 mereka itu.Niat ku ini bukannya apa.cuma sekadar untuk menjadi garis panduan bagiku agar tidak menyerupai mereka.selain itu,aku juga ingin menenangkan fikiran memandangkan beberapa minggu saja lagi aku ingin meninggalkan bumi malaysia yang tercinta ini.akan terdetik rasa rindu tatkala meninggalkan bumi malaysia ini terlalu lama.bukannya dalam jangka masa yang singkat,malahan jangka masa 6 tahun itu  akan aku cuba untuk menjadikan ia satu jangka masa yang menarik dan enjoyable.

aku memulakan langkah menaiki komuter SHAH ALAM.berbekalkan tambang sebanyak RM 2.10 (if i'm not mistaken) komuter itu terus membawa badan ini terus ke stesen midvalley.setibanya di Midvalley,aku terserempak dengan junior ku ex-kisas.Ikram namanya.kami bertegur sapa untuk seketika sebagai tanda ingat-mengingati antara satu sama lain.ku meneruskan perjalanan menuju ke food court midvalley di tingkat atas sekali.

di situlah bermula segala-galanya dalam pengembaraanku seharian itu.cuma nak share beberapa jenis manusia yang aku dapat spesifikasikan sepanjang pemerhatianku pada hari itu..

manusia jenis pertama yang aku jumpa adalah manusia yang metroseksual.iaitu manusia yang mementingkan penampilan mereka.orang jenis ini akan cuba berfesyen mengikut trend fesyen yang terkini.mereka sanggup spend beratus ratus ringgit demi mendapatkan trend baju dan seluar yang terkini.tapi apa yang aku dapati,orang jenis ini kebanyakannya ada girlfriend di sisi mereka.maklumla,dah orang stylo,mesti la ramai yang tersangkut.

manusia jenis kedua yang aku jumpa ialah manusia yang suka mengushar manusia lain.golongan ini termasuk dalam diriku.huhu.golongan ini akan berdiri di sepanjang pathway di tepi kedai untuk mengushar orang2 si seberang atau di tingkat bawah.tapi aku kurang pasti samada apa yang mereka mengusharkan itu adalah benda baik atau buruk.golongan ini aku tak dapat memastikan kesahihannya.tapikan,kalau golongan ini memerhatikan sesama sendiri,mereka akan beredar dari port mereka untuk mencari port baru.itu mengikut apa yang aku observe.

kemudian aku beralih arah menuju ke COSMIC BOWL iaitu tempat orang bermain bowling.aku segera menuju ke satu tempat yang tersorok di mana amat sesuai untuk tujuan memerhati.sorang demi sorang masuk ke pusat bowling itu.mostly kebanyakan orang yang bermain bowling pada hari itu adalah secara berpasangan.iaitu perempuan dan lelaki.aku tertarik menyaksikan satu pasangan ini.lelaki tu sopan jer.perempuan tu pulak memakai tudung.mula2 ok jer.bila dah start first game dia,fuh,lelaki tu dapat strike.dalam hatiku berkata 'tahniah'.kemudian si perempuan tu pun buat gaya 'give me five' kat lelaki tu.tanpa segan silu,lelaki ni balas balik.di sini,aku kurang setuju dengan tindakan kedua-dua pasangan itu.sedar tak yang mereka itu adalah bukan mahram (golongan yang tidak haram dikahwini).setahu aku,kalau golongan bukan mahram sentuh antara satu sama lain secara sengaja (obviously memang sengaja),maka itu adalah dosa besar.nothing much i can conclude bout it sebab aku kaget dengan situasi tu...

aku meneruskan perjalanan ke PUSAT ARKED untuk bermain satu game arked yang amat gila aku minati iaitu game DAYTONA.anybody out there that brave enough to challenge me.hehehe.dalam arked ni,aku takde apa sangat nak tekankan.cuma tertarik dengan sorang cina ni.mula2 dia challenge aku tapi dia kalah,pastu dia challenge dengan orang lain.kalah jugak.selama beberapa minit aku perhatikan dia,sudah berapa banyak duit dia spend untuk challenge orang.tapi still kalah.sian dia.huhu.maybe dia kurang kemahiran dalam penukaran gear.kalau korang nak tau,bila dia amik selekoh tajam,selamba je dia stay kat gear 4.kena la tukar gear 1 pastu naik 3.baru dapat buat drift yang terbaik.hehe.nasihat daripada pakar drifter.tapi awas.jangan praktikkannya di dunia nyata.huhu..

kemudian aku menuju ke panggung wayang golden screen cinemas untu menonton movie baru yang baru keluar.tapi takder la baru sangat.judulnya 'NACHO LIBRE'.cerita lawak actually.terbahak-bahak aku ketawa dek gelagat-gelagat spontan JACK BLACK.haha.cuma masa dalam cinemas ni,aku ada ushar satu couple ni (taktaula drng dah married atau belum) menuju ke seat mereka di hujung paling atas sekali di mana agak tersorok tempat dia.yang perempuan ni pakainnya masyaallah macam tak cukup kain jer.meh cni aku derma skit kain.yang lelaki nio plak,jalan sambil pegang pinggang perempuann tuh.isk3.lepas tu bila movie nak start dah,macam biasa,lampu ditutup.lepas tu jer,wallahua'alam la apa yang terjadi.aku taknak serkap jarang je.mana tau tujuan mereka tgk movie adalah tujuan yang murni.cuma nak nasihatkan,janganla ambil kesempatan atas sebab takde orang yang memerhati.INGATlah bahawa tuhan sentiasa memerhatikan kita.malaikat kiri dan kanan kita juga sentiasa mencatatkan amal2 kebajikan dan kejahatan kita.INGATLAH...tapi kalau dah kawin,no hal lar,sebab segala yang haram dalam perhubungan,akan jadik halal..

actually banyak lagi jenis jenis manusia yang telah aku jumpa tapi golongan2 ini agak keterlaluan jika aku menceritakan kisah mereka.just sebagai peringatan,sebelum kita melakukan sesuatu perkara,cuba kita fikir sebab dan akibat terhadap perkara yang kita lakukan itu.mungkin perbuatan kita itu akan memerangkapkan diri sendiri.tapi cuba bayangkan jikalau perbuatan kita itu memudaratkan orang lain.berdosa la kita..

okla..thats all.yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datang dari ALLAH S.W.T juga tapi telah disandarkan pada diriku yang lemah ini.

salamm..



Next 5 >>

<bgsound src="http://www.filelodge.com/files/room28/770878/Once%20-%20Dealova.mp3">